THE KARAMUTHUE
POLITIK SEMASA
Popular Posts
-
Isu Undi Syaitan : Macam mana Shekh ni Setuju pandangan Che Det Pulak !!! Asyraf Wajdi Dusuki shared a link . ...
-
Bapa Kafir - Mahkamah Tolak Permohonan Rahim Nor Batal Saman (Laporan NST yang mendakwa Nik Aziz bapa kafir) KOTA BHARU: Mahkama...
-
Khutbah : Dewan Ulama Pas Kelantan selar Ibrahim Ali KOTA BHAR U- Dewan Ulama Pas Kelantan menyelar tindakan Presiden Perkasa, Ibra...
Wednesday 20 November 2013
Wednesday 29 August 2012
Mohd Rashidi Hassan, | 27 Ogs 2012 |
Dalam beberapa hari menjelang umat Islam menyambut Aidilfitri, sehingga kini, polemik mengenai hukum hudud dibangkitkan semula, sehingga riuh rendah media massa memainkan isu ini.
Adakah di kalangan kita, boleh menerima alasan, bahawa isu mengenai hukum hudud ini dibangkitkan dan digembar-gemburkan media massa yang dikuasai kerajaan Umno-Barisan Nasional, kerana mereka kini sudah sedar dan benar-benar ikhlas, bangkit untuk memperjuangan Islam?
Dan dengan kesedaran ini juga Umno-BN akan bangkit melawan bermati-matian, terhadap semua tentangan golongan bukan Islam terhadap hukum hudud?
Sudah tentu tidak. Tujuan utama media pro Umno-BN membangkitkan isu ini hanya satu sahaja. Iaitu mereka memang mahu memecahbelahkan perpaduan dan kerjasama yang wujud di antara PAS dan DAP. Oleh sebab itu apabila DAP menentang hudud, mereka akan bangkit dan memaki hamun DAP, tetapi apabila MCA menentang hudud, Umno 'duduk menikus di belakang pintu'.
Jelas kepada kita, Umno-BN sangat takut dengan keakraban komponen parti dalam Pakatan Rakyat khususnya antara PAS dan DAP. Kerana Umno tahu, PAS dan DAP merupakan tonggak yang kuat dalam Pakatan Rakyat.
Selama mana PAS dan DAP berpadu, selama itulah Umno-BN takut untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan.
Maka, media massa diarahkan oleh pemimpin Umno-BN untuk berusaha keras dan cuba memecahbelahkan kedua-dua parti ini, dengan memainkan pelbagai isu yang boleh menimbulkan pertentangan di antara kedua-dua pihak.
Agenda setting mereka mudah. Jika pemimpin kedua-dua parti melatah dan bergaduh, mudah mereka 'masuk jarum' untuk mencetuskan perbalahan dan dalam masa yang sama memaparkan imej negatif di kalangan rakyat, bahawa parti-parti Pakatan Rakyat tidak 'sekepala', oleh itu mereka tidak layak diberikan kuasa untuk memerintah. Itu sahaja agenda Umno.
Oleh itu pemimpin PAS dan DAP khususnya, usaha melatah menurut 'agenda setting' yang dibentuk menurut acuan Umno.
Sebelum ini, media pro-Umno memainkan isu DAP kafir harbi kerana menentang hudud dan seolah-olahnya MCA yang bersekongkol dangan Umno adalah kafir zimmi.
Apabila isu ini mendapat tentangan hebat rakyat dan MCA dengan keras mengeluarkan kenyataan menentang hudud, pemimpin Umnpo terdiam. Usaha mereka untuk memainkan sentimen agama dengan menuduh DAP 'jahat' tidak kesampaian kerana rakan baik mereka iaitu MCA, pun sama-sama 'jahat' menentang Islam.
Isu sebenar ini di sini, bukan soal DAP atau MCA. Mereka adalah golongan bukan Islam. Tidak pelik bagi bukan Islam, yang menentang dilaksanakan hukum-hukum Islam.
Isu asasnya di sini adalah kecelaruan tahap kefahaman Islam yang ada pada pemimpin dan orang-orang Umno. Sejak dahulu lagi, direkodkan beratus-ratus kenyataan pemimpin Umno yang berketurunan Melayu, yang beragama Islam, menentang hukum-hukum ciptaan Allah dan mempersenda-sendakan hudud.
Kenyataan dan cercaan itu mereka buat, ketika Umno berada di puncak kuasa, yang terlalu hebat dan gah, sehingga tidak boleh digugat oleh sesiapa pun.
Maka apakah hari ini, apabila parti mereka sudah jatuh terjelepuk dan hampir terhumban ke lubang gaung, baru mereka hendak sedar dan menerima hukum hudud sebagai hukum yang wajib ditaati, diimani dan dilaksanakan sebagai seorang Islam?
Sifat Umno ini berbeza dengan PAS. PAS konsisten dengan perjuangan Islam sejak dahulu hingga hari ini. Tiada perubahan dalam soal dasar, tiada kompromi dalam melaksanakan kehendak Allah yang termaktub di dalam al-Quran.
PAS hanya mengubah pendekatan dan strateginya, sesuai dengan keperluan politik semasa, selama mana ianya bertepatan dengan garis panduan dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Pemahaman dan pegangan Islam inilah yang membezakan PAS dengan Umno. PAS menjadikan politik sebagai platform untuk memperjuangkan Islam, manakala Umno mempergunakan Islam sebagai platform untuk terus berkuasa.
Justeru, tiada jalan lain untuk menyelamatkan Islam, melainkan menurunkan Umno dari tampuk kuasa.

Umno Kelantan akan mempergiatkan penerangan mengenai jawatankuasa khas bagi mengkaji secara adil dan telus isu bayaran tunai hasil petroleum kepada negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini kerana terdapat pihak tertentu yang memberi gambaran salah dengan tujuan mengelirukan masyarakat Kelantan berhubung penubuhan jawatankuasa khas tersebut.
"Kita serah kepada jawatankuasa khas ini untuk membuat kajian dan memberi syor kepada kerajaan persekutuan mengenai isu bayaran tunai ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pemandu kereta sewa dan teksi di Kota Bharu, hari ini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata jawatankuasa khas itu akan mengenal pasti negeri yang layak menerima bayaran tunai itu, menentukan kaedah serta jumlah bayaran tunai tersebut kepada negeri berkenaan.
Pada 4 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas itu yang akan dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.
Sementara itu, Mustapa berkata walaupun Kelantan kini di bawah pentadbiran kerajaan PAS, kerajaan persekutuan tetap membantu memberi pelbagai kemudahan kepada pemandu kereta sewa dan teksi supaya mereka dapat mencari pendapatan dengan selesa dan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Katanya, beliau menerima banyak rungutan daripada pemandu kereta sewa dan teksi mengenai kegagalan kerajaan negeri menyediakan kemudahan terbaik kepada mereka termasuk untuk memperbesarkan stesen kereta sewa dan teksi.
Beliau turut meminta mereka membantu memberi penjelasan kepada penumpang mengenai perubahan yang perlu dilakukan di negeri ini supaya pertumbuhan pembangunan yang lembab dapat diatasi.
- Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/207076Nak Perjelas Atau Nak Menipu
Tuesday 28 August 2012
Bapa Kafir - Mahkamah Tolak Permohonan Rahim Nor Batal Saman
(Laporan NST yang mendakwa Nik Aziz bapa kafir)
KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan isu bapa kafir.
Mahkamah membuat keputusan itu dalam perbicaraan hari ini bagi mendengar permohonan Rahim untuk membatalkan saman yang dikemukakan terhadap beliau dan beberapa yang lain.
Saman dikemukakan oleh Tuan Guru Nik Aziz ekoran laporan akhbar New Straits Times (NST) yang bertajuk 'Nik Aziz is father of kafir.'
Tuan Guru Nik Aziz telah memfailkan writ saman ke atas Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara atas tindakan fitnah yang diterbitkan oleh NST pada 8 Mei 2012 pada muka surat 6.
Antara lain akhbar NST melaporkan "Nik Aziz is the father of kafir in the name of religion : Ex-IGP says PAS leader mesleading muslims"
Akibat daripada penerbitan berita tersebut Tuan Guru Nik Aziz pada 31 Mei yang lalu memfailkan writ saman melalui firma Tetuan Hisham Fauzi & Associates.
Selain Tan Sri Rahim, enam yang lain turut dinamakan sebagai respondan termasuklah penerbit dan pencetak akhbar NST tersebut iaitu The New Straits Times Press (M) Bhd.
Tan Sri Rahim kemudiaannya melalui peguamnya Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak telah memfaikan Saman Dalam Kamar bagi membatalkan writ saman plaintif.
Alasannya adalah writ saman tersebut telah gagal mematuhi Aturan 78 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 atas dakwaan kononnya writ saman tersebut tidak mempunyai pengindorsan tentang penerbitan artikel di NST tersebut.
Pendengaran saman Dalam Kamar tersebut didengar di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada pagi ini di Mahkamah terbuka.
Dalam hujah membantah permohonan Tan Sri Rahim Noor tersebut peguam Tuan Guru Nik Aziz, Mohamed Hanipa Maidin berhujah bahawa meskipun defendan membantah kononnya writ saman plaintif adalah cacat (irregular) hakikatnya saman Dalam Kamar Tan Sri Rahim sendiri juga mengandungi kecacatan.
Ini kerana dalam permohonan Tan Sri Rahim tidak dinyatakan secara spesifik di bawah aturan manakah beliau bergantung.
Hanipa juga berhujah jika dilihat kepada saman dalam kamar tersebut juga tidak dinyatakan alasan kenapakah permohonan dibuat.
Hanipa berhujah "jika defendan ingin membantah tentang ketidakpatuhan kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi, defendan juga seharusnya mematuhi secara ketat kaedah-kaedah tersebut terlebih dahulu."
Setelah mendengar hujah lisan kedua-dua peguam plaintif dan defendan, hakim tersebut telah memutuskan menolak permohonan Tan Sri Rahim bagi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Tuan Guru Nik Aziz.
Tuan Guru Nik Aziz diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Hisham Fauzi dan Farah Helmy dan Tan Sri Rahim Noor diwakili oleh Abu Bakar Sidek manakala pihak NST diwakili oleh Cik Claudia Cheah.
http://bloglistpolitik.blogspot.com/2012/08/bapa-kafir-mahkamah-tolak-permohonan.html
Isu Undi Syaitan : Macam mana Shekh ni Setuju pandangan Che Det Pulak !!!
- Saya linkkan disini maksud Tun Mahathir bila dia sebut "better the devil you know than the devil you don't". Ia bukan bermaksud Tun Mahathir memuja atau menyarankan kita berkawan dgn syaitan.
Saya petik maksud idiom tersebut:
"This is the shortened form of the full idiom, 'better the devil you know than the devil you don't', and means that it is often better to deal with someone or something you are familiar with and know, even if they are not ideal, than take a risk with an unknown person or thing." - Lain kali Tun Mahathir kena guna bahasa tersurat yg mudah difahami. Rupa2nya ramai yg berpolemik lantaran kegagalan memahami bahasa sarcastic Tun yg begitu tinggi mantiknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)